Kelas ICT Individu – Google Form

12 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 11 October 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas ICT Individu mempelajari aplikasi Google Form atas permintaan peserta. Dalam kelas ini, peserta telah diberi tunjuk ajar untuk membuat borang secara atas talian untuk kegunaan temujanji ke premis beliau. Sebelum mengarang borang, peserta telah membuat draf terlebih dahulu maklumat-maklumat yang dikehendaki dalam borang tersebut. Peserta juga didedahkan dengan beberapa fungsi di dalam Google Form seperti menyunting header, mengenali jenis-jenis format soalan dan juga cara-cara untuk merekod borang yang telah dihantar. Kelas ini telah berlangsung selama 2 jam dari pukul 2:00 petang hingga 4:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali