Google Meet - Kelas Asas Aplikasi Wordwall

11 Jun 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Jun 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas secara atas talian menggunakan aplikasi Google Meeting iaitu kelas asas aplikasi Wordwall. Kelas ini diadakan secara individu atas permintaan peserta yang merupakan guru sekolah rendah. Dalam kelas ini, peserta telah diberi panduan asas tentang fungsi dan penggunaan aplikasi Wordwall. Peserta diberi tunjuk ajar untuk mendaftar akaun Wordwall terlebih dahulu menggunakan akaun Gmail. Selepas itu, peserta diberi tunjuk ajar menggunakan beberapa template yang telah disediakan dan hanya mengisi maklumat yang dikehendaki. Peserta juga diberi tunjuk ajar untuk mendapatkan “link” bagi template yang akan digunakan untuk diberikan kepada pelajar untuk menyiapkan tugasan tersebut. Kelas telah berlangsung selama 1 jam dari pukul 10:00 pagi hingga 11:00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali