Slot Pembangunan Kerjaya Individu

10 Mei 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 9 May 2021 Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan slot pembangunan kerjaya indvidu atas permintaan peserta. Peserta diberi tunjuk ajar dalam langkah-langkah untuk mengisi kekosongan jawatan secara atas talian. Dalam slot ini, peserta didedahkan dengan penggunaan Google Sheet sebagai borang atas talian untuk mengisi borang kekosongan jawatan. Selain itu juga, peserta diberi tunjuk ajar dalam menggunakan akaun Gmail sebagai akaun untuk mengisi kekosongan jawatan. Kelas berlangsung selama 2 jam iaitu dari pukul 10:00 pagi hingga 12:00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali