Kelas ICT Individu Virtual – Google Form

11 Oktober 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 10 October 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas ICT atas talian individu secara virtual. Kelas berlangsung atas permintaan peserta di mana peserta diberi tunjuk ajar untuk menggunakan aplikasi Google Form untuk membuat borang secara atas talian ataupun secara manual. Peserta diberi tunjuk ajar untuk mengakses akaun Gmail terlebih dahulu sebelum membuat borang. Dalam aplikasi Google, peserta didedahkan dengan fungsi Google form di mana dalam aplikasi tersebut telah terdapat template tersendiri untuk membuat borang. Borang tersebut juga boleh diguna pakai untuk tujuan borang atas talian. Kelas berlangsung selama 2 jam dari pukul 2:00 petang hingga 4:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali