(Zoom Online) Mini Taklimat Klik dengan Bijak Panggilan Palsu

10 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Julai 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah membuat perkongsian melalui medium atas talian iaitu menggunakan aplikasi Zoom. Mini taklimat ini diadakan bagi memberikan kesedaran dan kemudahan kepada komuniti setempat yang melibatkat isu semasa yang tengah hangat diperkatakan. Topik utama yang dikongsikan ini bertajuk panggilan palsu. Menerusi perkongsian ini juga, peserta diperingatkan untuk lima (5) perkara utama bagi mengelakkan menjadi mangsa penipuan panggilan palsu. Pertama, peserta diberikan pendedahan dengan mengenal pasti sama ada panggilan palsu mempunyai ciri-ciri yang diterangkan oleh staf sepanjang taklimat berlangsung. Selain itu, peserta yang terlibat turut diberikan pendedahan dan kemudahan untuk menyimpan maklumat panggilan palsu tadi untuk dilaporkan kepada pihak berkuasa berkenaan. Mini taklimat ini berlangsung selama lebih kurang satu jam iaitu bermula jam 9:30 pagi hingga 10.30 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali