Zoom Online - MySalam Registration

11 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 10 Julai 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom Meeting atas permintaan peserta. Dalam kelas ini, peserta telah diberi tunjuk ajar untuk mendaftarkan diri dalam Portal MySalam. Peserta juga diberi pendedahan tentang dokumen yang diperlukan untuk tujuan tuntutan berkenaan dengan Covid-19. Selain itu, peserta juga diminta untuk mengimbas semua dokumen yang diperlukan dengan menggunakan aplikasi pengimbas di dalam telefon bimbit sahaja atau mesin pengimbas mengikut kemampuan peserta bagi tujuan mencetak semua maklumat “Hardcopy” ke dalam komputer untuk dijadikan “Attachment” dan dimuatnaik ke dalam Portal MySalam. Kelas telah berlangsung selama 1 jam dari pukul 11:00 pagi hingga 12:00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali