(Zoom Online) Kelas Asas Microsoft Excel Individu

9 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Julai 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas secara atas talian Bersama seorang peserta. Kelas ini diadakan untuk memperkenalkan asas penggunaan Microsoft Excel. Peserta diberikan tunjuk ajar untuk membuat formula-formula berdasarkan tugasan yang diberikan sepanjang kelas berlangsung. Selain itu, peserta diberikan pendedahan berkaitan dengan butang mengabungkan “cell” bagi mendapatkan data yang diperlukan seperti tugasan yang diberikan. Seterusnya, peserta turut diberikan tunjuk ajar mengemaskan dan mencantikkan “cell” bagi memudahkan persembahan data yang diperlukan secara keseluruhan. Akhir sekali, peserta ditunjukkan cara menyimpan dokumen yang telah selesai dikerjakan tadi ke fail dokumen yang sesuai dengan keperluan peserta iaitu di fail “folder” Desktop komputer peserta. Kelas berlangsung selama dua (2) jam iaitu bermula jam 2:00 petang hingga 4:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali