Community Outreach - MySalam Registration

10 Julai 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Julai 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan perkhidmatan ICT di luar kawasan iaitu di Kampung Sadong Jaya Laut, Kota Samarahan Sarawak. Berikutan dengan penamatan PKPD di kawasan tersebut, atas permintaan penduduk setempat, staff PIK PPR Taman Sri Wangi telah membantu penduduk setempat untuk mendaftarkan diri ke dalam Portal MySalam bagi proses tuntan berkaitan Covid-19 sepanjang PKPD. Penduduk kampung tersebut diberi tunjuk ajar menggunakan Portal MySalam dan menyediakan dokumen yang diperlukan bagi tujuan pendaftaran. Di samping itu, penduduk juga diberi tunjuk ajar untuk menggunakan telefon bimbit masing-masing jika tidak mempunyai capaian komputer. Perkhidmatan ICT luar kawasan ini telah berlangsung dari pukul 2:00 petang hingga 4:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali