Personal Kelas Bimbingan SKM PPT

10 November 2021 | Aktiviti Terkini

Pada 9 November 2021, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan Personal Kelas Bimbingan SKM PPT yang melibatkan 10 orang peserta yang terdiri daripada pelbagai latar belakang. Untuk kelas ini, peserta telah diajar untuk mengisi maklumat-maklumat penting mereka ke dalam sistem MYSpike untuk memohon Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) secara Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) selaras dengan pengalaman dan pencapaian terdahulu peserta. Pengajaran dimulakan dengan langkah pendaftaran seterusnya langkah-langkah mengisi maklumat diri dan langkah memuatnaik segala dokumen-dokumen penting peserta. Sesi ini telah diadakan selama 3 jam dari pukul 2:00 petang hingga 5:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali