Kelas Asas Website Individu

10 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Julai 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas asas website secara individu diatas permintaan peserta sendiri. Kelas ini diadakan bagi membantu usahawan wanita untuk mendapatkan permit permohonan berniaga secara atas talian. Peserta diberikan tunjuk ajar cara-cara mengisi borang permohonan tersebut.

Selain itu, peserta juga diajarkan cara memuat turun permit dan lesen perniagaan ke laman sesawang yang digunakan untuk permohonan beroperasi premis. Di samping itu, peserta turut diajarkan menggunakan aplikasi mengubah format dokumen daripada pdf kepada jpeg. Seterusnya, peserta perlu menyimpan dan mencetak dokumen yang telah diisi. Kelas berlangsung selama dua (2) jam iaitu bermula pada jam 8:30 pagi hingga 10:30 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali