Tayangan Video Kemerdekaan

7 Ogos 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Ogos 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas dengan membuat tayangan video sempena menyambut bulan kemerdekaan pada bulan Ogos ini. Kelas ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta berkenaan dengan serba sedikit sejarah dan cerita dongeng orang Melayu serta mempelajari budaya dan elemen tradisional orang Melayu. Tayangan ini juga dapat memberi gambaran kepada peserta latar belakang keris melayu yang mendapat nama, iaitu melalui tayangan ini namanya diubah bagi menghormati adat istiadat istana.

Selain itu, melalui tayangan cerita ini juga peserta turut dapat belajar sedikit sebanyak sejarah Melayu supaya ia dapat diperturunkan kepada generasi akan datang serta mengingati sejarah asal usul latar belakang kita terbentuk sebagai sebuah negara, Malaysia. Kelas berjalan lancar selama dua (2) jam iaitu bermula pada jam 2:30 petang hingga 4:30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali