Praktikal Kelajuan Menaip

6 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 5 Mac 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah diadakan kelas praktikal untuk menaip secara betul dan cepat. Kelas ini diadakan bagi memberikan latih tubi kepada peserta untuk membiasakan diri menggunakan papan kekunci. Kegunaan papan kekunci merupakan perkakasan penting dalam menggunakan komputer bagi memudahkan peserta untuk menyiapkan kerja masing-masing yang memerlukan mereka untuk menaip.

Selain itu, peserta turut diberikan pendedahan dengan menggunakan beberapa butang yang lain pada papan kekunci dengan helah yang mudah bagi memudahkan peserta mendapatkan keputusan yang baik dalam menghasilkan hasil menaip yang baik. Antara butang yang digunakan adalah butang shift, butang alternate, butang fungsi, butang control dan banyak lagi. Peserta yang hadir adalah seramai sepuluh orang daripada kalangan pelajar sekolah. Kelas berjalan dengan baik dan teratur. Di samping itu, kelas ini turut diselitkan dengan pendedahan video Klik dengan bijak serta advokasi. Kelas berlangsung selama tiga jam iaitu bermula pada jam 2:00 petang dan kelas tamat pada jam 5:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali