Personal Coaching Shopee Seller Centre Secara Atas Talian

13 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 12 November 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas usahawan bagi memberikan latihan secara pratikal setelah menghadiri kelas teoritikal pengenalan kepada “Shopee Seller Centre”. Usahawan ini dijemput untuk menghadiri kelas bagi memberi peluang dan ruang kepada usahawan baru atau sedia ada untuk menggunakan platfrom atas talian bagi merancakkan lagi perniagaan mereka. Selain itu, peserta yang telah ada akaun “Seller Shopee Centre” namun kurang pendedahan kepada cara penggunaannya turut hadir ke kelas ini.

Peserta yang terdiri daripada orang yang bekerja serta menjalankan perniagaan sendiri sebagai pendapatan sampingan. Peserta turut didedahkan dengan penggunaan aplikasi atas talian untuk mengubahsuai gambar atau logo menggunakan Canva. Di samping itu, peserta turut diajarkan cara mnggunakan butang yang terdapat pada “Shopee Seller Centre”. Akhir sekali peserta diajarkan cara membuat pendaftaran penyambungan akaun bank pada profil Shopee bagi memudahkan peserta mengeluarkan jumlag wang yang dikehendaki setelah transaksi berjaya dilakukan. Kelas ini dijalankan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Google Meet iaitu bermula pada jam 9:00 pagi hingga 2:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali