Train the Trainer (TTT) Basic Shopee Seller Course via Zoom

12 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 11 November 2020, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengikuti kursus secara atas talian yag dianjurkan pihak pengurusan iaitu dengan kerjasama daripada pengurus Pusat Internet Komuniti Sungai Limau Dalam, Kedah dan Pusat Internet Komuniti Kg Titi Teras, Kedah iaitu Cik Nurul Elani Binti Rashid dan Cik Juhaidar Binti Makhtar. Kelas ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada peserta yang terdiri daripada staf pusat internet iaitu bagi pengurus dan penolong pengurus untuk menarik minat usahawan baru dan sedia ada dalam memperkenalkan platform perniagaan secara atas talian ini.

Peserta juga diberikan beberapa tips dengan membuka akaun serta cara penggunaan yang lebih efektif dan efisyen dalam memasarkan produk di dalam platform “Shopee” ini. Setiap slot yang diajarkan turut disertakan dengan latihan praktikal iaitu membuat sendiri akaun “Shopee Seller Centre” ini. Hal ini akan memudahkan peserta untuk membimbing komuniti yang ingin menceburi perniagaan dan memasarkan produk secara atas talian ini. Tambahan lagi, peserta turut diajarkan membuat pendaftaran untuk memaut akaun bank pada laman “Shopee Seller Centre” bagi memudahkan penjual untuk mengeluarkan hasil pendapatan pada “e-wallet” di akaun ini. Kelas yang berlangsung selama empat (4) jam ini berjalan dengan baik dan lancar yang bermula pada jam 9:30 pagi dan tamat pada jam 1:30 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali