Kelas Asas Pengenalan Shopee Seller Centre Secara Atas Talian

6 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 5 November 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas asas usahawan iaitu dengan memperkenalkan kepada peserta laman sesawang “Shopee Seller Centre”. Kelas ini diadakan secara atas talian bagi memenuhi keperluan norma baharu sepanjang penularan wabak COVID-19 ini. Kelas ini juga turut diadakan bagi memenuhi permintaan peserta yang ingin melakukan promosi produk menggunakan platform atas talian. Peserta didedahkan dengan laman sesawang “Shopee Seller Centre” dengan membuat pendaftaran akaun.

Selain itu, peserta didedahkan dengan penggunaan fungsi-fungsi dan kategori ciri yang diperlukan oleh penjual atau usahawan. Peserta diajarkan cara memasukkan data yang diperlukan ke dalam laman sesawang “Shopee Seller Centre”. Peserta turut diajarkan cara melihat pesanan barangan yang telah dibayar pembeli dan membuat proses penghantaran yang telah ditetapkan pada menu laman sesawang Shopee ini. Peserta juga didedahkan dengan ciri-ciri penggunaan “Shopee Live”untuk produk yang ingin dijual secara atas talian secara langsung. Kelas berjalan dengan baik selama tiga (3) jam iaitu bermula pada jam 2:00 petang hingga jam 5:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali