Kelas e-Pembelajaran Asas Sains secara Atas Talian

19 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 18 November 2020, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas e-pembelajaran asas sains iaitu secara atas talian. Kelas ini diadakan menggunakan aplikasi atas talian iaitu Google Meet. Google Meet menjadi pilihan peserta sendiri kerana ianya sangat mudah tanpa perlu memuat turun aplikasi malah terus dapat digunakan setelah mendaftar masuk akaun Gmail. Kelas ini juga diadakan bagi memenuhi masa lapang peserta bagi persediaan untuk memasuki sekolah pada tahun hadapan.

Peserta didedahkan dengan penggunaan laman sesawang carian Google untuk mencari laman-laman yang menyediakan bahan-bahan untuk belajar secara atas talian. Peserta juga diberikan tugasan untuk setiap topik yang telah dibincangkan. Selain itu, peserta turut diberikan pendedahan kepada laman sesawang Youtube untuk peserta mencari nota atau penerangan berkenaan topik yang dikehendaki. Kelas berjalan dengan lancar iaitu bermula pada jam 11:00 pagi dan tamat pada jam 1:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali