Pengenalan Kepada Website SPA9

10 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Oktober 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas asas website bagi permohonan pekerjaan jawatan perkhidmatan awam Malaysia. Kelas ini diadakan secara siaran langusng di laman Facebook Page Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi. Kelas ini diadakan bagi memberikan pengetahuan serta mewar-warkan laman sesawang baharu bagi SPA ini. Kelas ini memberikan pendedahan kepada peserta untuk mendaftarkan perincian kualifikasi serta maklumat diri pemohon.

Setelah itu, staf menerangkan kelebihan penambahbaikan laman sesawang SPA9 ini berbanding yang lama seperti infografik yang disediakan oleh pihak SPA di laman sesawang rasmi mereka. Tambahan, peserta juga diberikan setiap rincian bagi mengisi maklumat serta jawatan pilihan mengikut kualifikasi pemohonan. Kelas ini berlangsung dengan baik dan lancar selama satu (1) jam iaitu daripada jam 9.00 pagi hingga 10.00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali