Kelas Microsoft Office Individu

25 Jun 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 24 Jun 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas asas Microsoft office secara individu menggunakan Microsoft Word. Peserta yang telah datang sendiri ke pusat internet untuk mempelajari mengolah menu menggunakan butang table. Selain itu, peserta diberi tunjuk ajar menggunakan Microsoft Word untuk memuat naik gambar daripada internet bagi mencantikkan lagi menu tersebut.

Peserta turut diberi tunjuk ajar menggunakan laman sesawang Google untuk mencari imej yang bersesuaian dengan kehendak peserta. Peserta juga diberikan teknik-teknik menbuang latar belakang gambar yang diperolehi. Kelas berlangsung selama dua (2) jam iaitu bermula pada jam 2:00 petang hingga 4:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali