Kelas Microsoft Office Individu

16 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Julai 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas Microsoft Office lanjutan kepada seorang peserta lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Beliau telah datang sendiri ke pusat internet bagi meminta bimbingan untuk mempelajari menggunakan komputer terutama penggunaan Microsoft Office. Peserta diajarkan cara menyalin dan menampal ayat asal ke perenggan lain. Peserta juga mmbuat ulang latihan yang berlainan untuk melatih peserta membiasakan diri menggunakan Microsoft Word.

Peserta juga turut diajarkan menggunakan butang bold, italic, underline menggunakan kata kunci pada papan kekunci. Selain itu, peserta juga diajarkan cara menyimpan fail didalam folder yang telah diajarkan pada kelas sebelumnya. Kelas berlangsung dengan baik dan lancar. Akhir sekali, kelas bermula pada jam 10:00 pagi hingga 12:00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali