Kelas Microsoft Office Individu

9 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Julai 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas lanjutan Microsoft office secara individu menggunakan Microsoft Word. Kelas ini diadakan diatas permintaan peserta sendiri yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk menyambung pelajaran. Peserta diberi tunjuk ajar cara menukar font, warna font dan saiz font serta mengedit teks.

Peserta turut diberikan pendedahan cara-cara membuat jajaran, perenggan dan jarak langkau. Di samping itu, peserta diberikan latihan tambahan bagi memastikan kelas yang dijalani difahami dan boleh dipraktikkan oleh peserta.Akhir sekali, peserta diajarkan cara menyimpan dokument tersebut ke dalam fail. Kelas berlangsung selama dua (2) jam iaitu bermula pada jam 10:30 pagi hingga 12:30 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali