Kelas Microsoft Office Individu

7 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Julai 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas asas Microsoft office secara individu menggunakan Microsoft Word. Peserta merupakan lepasan SPM yang sedang menunggu keputusan menyambung pelajaran. Dalam modul pertama Mirosoft, peserta diberi tunjuk ajar tentang penggunaan Microsoft Word secara asas. Beliau didedahkan dengan beberapa fungsi asas beberapa butang di dalam aplikasi Microsoft Word. Setelah itu, beliau diberikan tugasan untuk mengenalpasti dan mengadaptasi pembelajaran pengenalan yang telah didedahkan pada permulaan modul. Kelas berlangsung selama dua (2) jam iaitu bermula pada jam 10:00 pagi hingga 12:00 tengahari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali