Kelas Microsoft Individu
18 Februari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 17 Februari 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas Microsoft Individu. Peserta diberi tunjuk ajar untuk menggunakan Microsoft Word dalam menyiapkan tugasan sekolah. Peserta didedahkan dengan penggunaan Microsoft Word dalam menyiapkan tugasan berbentuk novel di mana peserta diberi tunjuk ajar untuk menggunakan fungsi “Pages” termasuk membuat cover page untuk muka depan novel. Kelas ini berlangsung selama 2 jam sahaja bermula dari pukul 2:00 petang hingga 4:00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: