Zoom Online – Kelas Pengenalan kepada Window Live Movie Maker

21 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 20 November 2020, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas atas talian menggunakan aplikasi Zoom. Kelas ini dihadiri oleh 2 orang peserta yang juga menggunakan aplikasi Zoom menggunakan telefon bimbit masing-masing. Kelas ini diadakan bertujuan membantu komuniti setempat dalam meningkatkan taraf kemahiran ICT walaupun kekangan untuk berkunjung ke Pusat Internet Komuniti kerana situasi PKPB. Sepanjang kelas ini, peserta telah diberi tunjuk ajar dalam menggunakan aplikasi Window Live Movie Maker.

Aplikasi ini merupakan aplikasi yang sedia ada dalam komputer dan percuma kepada pengguna. Penggunaan yang asas serta ringkas yang ditawarkan oleh aplikasi ini akan memudahkan peserta mempelajarinya. Peserta diberi tunjuk ajar dalam menggunakan beberapa fungsi dalam aplikasi tersebut termasuk pemotongan beberapa bahagian video, menyambungkan kepada video lain, membuat slot pengenalan di awal dan akhir video, fungsi animasi dan juga kesan visual terhadap video bagi membolehkan peserta untuk menggunakan kreativiti sendiri dalam pengolahan video. Kelas ini telah berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 9:00 pagi hingga 11:00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali