Kelas Asas Microsoft Office Individu
5 Disember 2020 | Aktiviti TerkiniPada 4 Disember 2020, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas asas ICT iaitu penggunaan Microsoft Office. Kelas ini diadakan bagi membantu pengusaha kecil yang ingin membuat surat permohonan untuk mengemukakan rayuan. Kelas ini dibahagikan kepada dua sesi. Sesi pertama, peserta didedahkan dengan penggunaan “font”, saiz “font”, langkau atau “line and spacing”, “alignment”, serta format membuat surat rasmi. Sesi kelas ini berlangsung selama 30 minit.
Seterusnya, peserta juga diajarkan cara mencetak dan menyimpan surat yang telah ditaip ke dalam folder fail. Kemudian, pada sesi kedua selama 30 minit terakhir kelas, peserta menyiapkan tugasan yang diperlukan dengan melakukan pembelajaran kendiri. Kelas berjalan dengan baik, iaitu bermula pada jam 8:30 pagi hingga 9:30 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: