Kelas Bimbingan Kerjaya SPA
10 Julai 2020 | Aktiviti TerkiniPada 9 Julai 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas bimbingan kerjaya dengan membantu peserta mengisi kekosongan jawatan di laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Peserta yang juga lepasan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) turut diajarkan cara-cara mengisi maklumat latar belakang, tahap pendidikan, maklumat kokurikulum serta jawatan yang ingin dipohon.
Peserta juga turut diberikan teknik-teknik memilih jawatan berdasarkan kualifikasi dan minat peserta. Tambahan lagi, peserta diajarkan cara-cara mengemaskini maklumat setelah terdapat perubahan pada permohonan jawatan atau maklumat peribadi sekiranya terdapat sebarang perubahan pada masa akan datang. Akhir sekali, peserta diberi tunjuk ajar untuk menerima akaun setiap kali membuat permohonan jawatan baharu yang lain dan mencetak akaun tersebut. Kelas berlangsung dengan baik selama dua (2) jam iaitu bermula pada jam 10:30 pagi hingga 12:30 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: