Kelas Website Individu

7 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Mac 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas website secara individu. Kelas ini diadakan diatas permintaan peserta yang merupakan warga emas yang menetap di kampong berdekatan, iaitu Kampung Semariang. Beliau mengunjungi pusat internet untuk mendapatkan khidmat latihan yang disediakan di pusat internet terutama bagi membantu beliau mengemaskini maklumat di website berkaitan.

Beliau yang juga warga emas ingin mendapatkan permohonan Bantuan Sara Hidup 2020 (BSH 2020) turut diajarkan cara-cara mengisi maklumat diatas talian. Selain itu, beliau juga diajarkan teknik mencipta kata laluan keselamatan bagi mengelakkan maklumat beliau dicuri atau disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab. Kelas berlangsung selama 2 jam iaitu dari jam 2:00 petang hingga 4:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali