Kelas Asas Website

2 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 1 Mac 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas asas website. Kelas ini diadakan bagi membantu golongan B40 untuk memohon bantuan sara hidup yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan iaitu dengan mengisi borang permohonan BSH secara atas talian. Selain itu, peserta turut diberikan sedikit taklimat berkenaan dengan cara permohonan tersebut.

Peserta turut diajarkan dengan memasukkan maklumat tertentu seperti yang diperlukan bagi mengisi borang permohonan atas talian ini. Peserta juga diajarkan teknik membuat kata laluan yang selamat bagi mengelakkan maklumat peserta disalahgunakan atau tersebar oleh pihak tidak bertanggungjawab. Kelas berlangsung dengan baik selama 2 jam iaitu bermula pada jam 3:00 petang dan tamat pada jam 5:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali