Kelas Microsoft Individu

7 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Mac 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas Microsoft office Word secara individu. Peserta yang merupakan seorang usahawan ini kerap mengunjungi Pusat Internet bagi menggunakan perkhidmatan yang disediakan serta mendapatkan khidmat latihan asas ICT yang disediakan di sini. Beliau diberikan tunjuk ajar cara membuat jadual menggunakan Word.

Teknik-teknik untuk mempersembahkan hasil kerja dengan word ini dapat memudahkan kerja-kerja harian beliau. Beliau turut diajarkan beberapa butang yang terdapat pada Word seperti memasukkan jadual menggunakan butang insert dan table. Selain itu, beliau turut diberikan pendedahan dengan beberapa cara untuk mengubah suai jadual kepada sususan yang lebih kompleks untuk mencantumkan dan menceraikan table yang digunakan. Kelas berlangsung selama 3 jam iaitu bermula pada jam 10:00 pagi hingga 1:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali