Kelas e-Pembelajaran Asas ICT & Menaip

12 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 11 Oktober 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas diatas permintaan peserta sendiri yang telah datang ke pusat internet. Kelas ini diadakan bagi memberi ruang kepada peserta yang ingin memajukan diri dengan kaedah e-pembelajaran yang diperkenalkan di pusat internet di samping memenuhi masa lapang ketika hujung minggu ini.

Peserta turut diajarkan cara menggunakan laman sesawang yang dikehendaki untuk menyiapkan tugasan sepanjang tempoh latihan berlangsung. Peserta memberikan maklumbalas yang baik sepanjang kelas. Selain itu, peserta turut diberikan pendedahan menggunakan laman carian Google bagi mencari perkataan Bahasa Inggeris yang dikehendaki. Kelas berlangsung selama dua (2) jam iaitu menggunakan interaksi secara tanpa bersemuka iaitu dengan menggunakan aplikasi UltraVNC Viewer, bermula pada jam 2:00 petang hingga 4:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali