Kelas Asas ICT Individu

18 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 17 Julai 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas asas penggunaan internet untuk membantu peserta mengisi borang permohonan pekerjaan atas talian. Kelas ini diadakan bagi memenuhi permintaan peserta yang sering mengunjungi pusat internet untuk mendapatkan perkhidmatan internet. Peserta diberikan tunjuk ajar untuk mengisi borang secara atas talian iaitu daripada laman Google Form yang telah disediakan. Peserta turut diajarkan cara memuatnaik dokumen-dokumen berkaitan pada borang permohonan tersebut. Selain itu, peserta turut diajarkan cara untuk menukarkan format dokumen daripada jpeg kepada pdf menggunakan aplikasi atas talian yang disediakan secara percuma bagi memudahkan peserta untuk memuatnaik dokumen dengan mudah. Kelas yang berlangsung selama dua (2) jam iaitu bermula pada jam 2:30 petang hingga 4:30 petang ini berjalan dengan baik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali