Kelas e-Pembelajaran Asas 3M secara Atas Talian

7 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 6 November 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas e-pembelajaran asas 3M iaitu secara atas talian. Kelas ini diadakan bagi memenuhi masa lapang peserta bagi persediaan untuk memasuki sekolah pada tahun hadapan. Peserta didedahkan dengan penggunaan laman sesawang carian Google untuk mencari laman-laman yang menyediakan bahan-bahan untuk belajar secara atas talian.

Peserta juga diberikan tugasan untuk belajar membaca mengikut suku kata yang telah disediakan dalam sesawang tersebut. Selain itu, peserta turut diberikan pendedahan kepada latihan Matematik untuk peserta melakukan latih tubi operasi tambah dan tolak. Tambahan, peserta turut menyiapkan kedua-dua tugasan iaitu latihan membaca dan mengira satu jam setiap subjek. Kelas berjalan dengan lancar iaitu bermula pada jam 2:00 petang hingga 4:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali