Kelas Lanjutan Bimbingan Kerjaya SPA

16 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 15 Julai 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas lanjutan bimbingan kerjaya. Kelas ini diadakan bagi membantu peserta untuk mengemaskini maklumat permohonan jawatan. Selain itu, peserta yang juga lepasan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) turut diajarkan cara mengisi butiran-butiran bagi separa perubatan. Bagi seksyen ini, peserta ditunjukkan cara mengenalpasti jawatan dan posisi yang dipohon melalui maklumat tambahan yang turut disediakan dalam laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Kelas berlangsung selama dua (2) jam iaitu bermula pada jam 2:00 petang hingga 4:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali