Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) Training @ Pusat Internet
16 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 15 Januari 2020, Pusat Internet Malaysia (PIM) Kg. Quop telah menjadi tuan rumah untuk mengadakan latihan kepada sukarelawan kesihatan dibawah kerjasama antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menjayakan program KOSPEN ini. Sukarelawan yang terlibat adalah daripada Pengurus atau Penolong Pengurus PIM Kluster Kuching iaitu PIM PPR Taman Sri Wangi, PIM Kg. Telaga Air, PIM Kg. Pasir Pandak, PIM PPR Taman Malihah, PIM PPR Taman Dahlia, PIM Taman Sepakat Jaya, PIM Bengoh, PIM Kg. Bako, dan PIM Kg. Bra’ang Bayur.
Peserta didedahkan dengan pengenalan program berkenaan kolaborasi ini, pengenalan bahagian jabatan KKM yang terlibat seperti Unit Kawalan Tidak Berjangkit (NCD) seperti pengenalan kepada penyakit tidak berjangkit yang memerlukan ujian saringan yang boleh dilakukan sendiri oleh komuniti, kawasan larangan merokok dan kesedaran bahaya rokok serta vaping. Selain itu, peserta didedahkan dengan latihan praktikal yang membolehkan peserta untuk memberi khidmat secara praktikal kepada komuniti setempat di Pusat Internet masing-masing. Antara latihan praktikal yang telah dipelajari ialah melakukan saringan kesihatan tekanan darah tinggi, saringan BMI (berat dan tinggi), dan saringan kandungan gula dalam darah menggunakan beberapa peranti yang disediakan. Kelas berlangsung dengan baik dan peserta memberikan maklumbalas yang sangat memberangsangkan. Kelas bermula pada jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: