Taklimat Ringkas KDB & Advokasi

8 Mac 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Mac 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah diadakan taklimat ringkas Klik Dengan Bijak (KDB) & Advokasi di bilik latihan. Taklimat ini berlangsung selama dua jam. Kelas ini diadakan bagi tujuan untuk memperkenalkan kepada peserta untuk menggunakan internet dengan berhemah. Peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan lepasan sekolah turut diberikan pendedahan dengan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Internet termasuklah dengan mendaftar sebagai ahli. Selain itu, pendedahan kepada pelajar sekolah dengan mempertontonkan video berkenaan buli siber, berita palsu serta perbankan turut menjadi topik penting taklimat ringkas ini. Taklimat ini berlangsung selama 2 jam, bermula jam 11:00 pagi hingga 1:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali