Pengenalan Kepada Microsoft Office Word
12 Oktober 2020 | Aktiviti TerkiniPada 11 Oktober 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas asas Microsoft Word kepada beberapa orang peserta. Kelas ini diadakan bagi memberi peluang kepada peserta untuk menggunakan Microsoft Office sebagai aplikasi untuk menyiapkan tugasan mereka. Sebelum ini, peserta hanya menyiapkan tugasan dan mengulangkaji menggunakan kaedah tradisional iaitu menggunakan kertas dan pensil.
Selain itu, peserta turut didedahkan dengan penggunaan Microsoft Word bagi mempelajari beberapa fungsi ribbon dan butang yang terdapat pada Word. Tambahan, peserta juga turut mempraktikkan penggunaan papan kekunci dan tetikus bagi membiasakan diri dengan perkakasan komputer. Akhir sekali, kelas dijalankan secara langsung atas talian iaitu menggunakan aplikasi Meet, Google iaitu selama dua (2) jam dari jam 9:30 pagi hingga 11:30 pagi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: