Pengenalan Asas Komputer

8 Februari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Februari 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas asas ICT iaitu memperkenalkan asas-asas perkakasan komputer serta perisiannya. Kelas ini diadakan diatas permintaan peserta iaitu pelajar sekolah yang ingin masa lapang mereka diisi selepas waktu persekolahan. Peserta diberikan sedikit bayangan pendedahan berkenaan dengan definisi komputer serta kegunaan komputer untuk kegunaan harian mereka.

Sepanjang kelas berlangsung, peserta memberikan maklumbalas yang baik dengan penerangan yang jelas untuk setiap pertanyaan yang dikemukakan kepada mereka. Peserta juga turut didedahkan dengan perisian-perisian yang terdapat di dalam komputer terutamanya perisian yang digunakan oleh mereka untuk membuat sebarang tugasan yang pernah diberikan sebelum ini. Peserta yang terdiri daripada tujuh orang pelajar sekolah ini telah mengikuti kelas yang berlangsung selama tiga jam iaitu bermula pada jam 2:00 petang hingga 5:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali