Kelas Asas Pengenalan Website secara Atas Talian

28 November 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 27 November 2020, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas asas website. Kelas ini diadakan bagi memenuhi masa dan memberi peluang kepada peserta untuk memperluaskan lagi pengetahuan berkenaan dengan penciptaan laman sesawang dengan mudah. Hal ini juga dapat membantu peserta yang juga merupakan usahawan untuk memperkenalkan produk dengan lebih terperinci dengan adanya pendedahan kepada website ini. Peserta juga turut diberikan penerangan fungsi dan kelebihan menggunakan website ini.

Selain itu, peserta turut didedahkan dengan beberapa laman sesawang yang menawarkan pakej membuat website yang mudah serta mengikut keperluan dan kemampuan peserta sekiranya ingin membuat sendiri laman sesawang atau website yang dikehendaki. Peserta turut didedahkan dengan beberapa ciri-ciri, kategori dan kelebihan penyedia website yang membolehkan peserta untuk membuat keputusan membuat website perniagaan beliau melalui kelas asas pengenalan website ini. Kelas berlangsung selama dua (2) jam iaitu bermula pada jam 11:00 pagi hingga 1:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali