Kursus Pertanian Teknologi Hidroponik
19 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 18 Januari 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah diadakan Kursus Pertanian Teknologi Hidroponik yang dianjurkan bersama dengan Persatuan Pencetus Usahawan Malaysia (PPUM). Kursus ini diadakan bagi memperkenalkan kepada usahawan dan bakal usahawan untuk mencuba cara kapsul penanaman hydroponik dan kapsul tanaman hidrokultur. Peserta didedahkan dengan kebaikan dan kelebihan tanaman hydroponik serta peralatan-peralatan yang diperlukan bagi menghasilkan penanaman secara hidroponik ini. Selain itu, peserta diberikan aturcara menjaga tanaman serta membuat sebatian baja secara teori.
Seterusnya, kelas berlangsung dengan jenis-jenis tanaman yang boleh ditanam dengan cara hidroponik ini. Akhir kelas, peserta turut diberikan video untuk melakukan penanaman secara hidroponik ini serta diberikan pembelajaran membuat website bagi memperkenalkan process hidroponik. Peserta juga pada akhirnya diberikan sedikit taklimat mengenai peluang perniagaan sekiranya berjaya mempraktikkan tanaman hidroponik dan hidrokultur ini iaitu agropreneur. Kelas Berlangsung selama tiga jam iaitu bermula pada jam 9:00 pagi hingga 12:00 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: