Kelas Pengenalan Google Meet

28 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Oktober 2020, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas pengenalan Google Meet atas permintaan peserta. Peserta merupakan salah seorang pelajar di kolej swasta yang menjalani kelas secara atas talian. Peserta yang kali pertama menggunakan Google Meet untuk menghadiri kelas secara atas talian telah diberi tunjuk ajar dalam menggunakan aplikasi tersebut sebelum bermulanya kelas.

Selain itu, peserta telah mempelajari beberapa aturan dalam aplikasi Google Meet tersebut seperti aturan kualiti video dan audio, jenis kamera dan mikrofon yang perlu digunakan sebelum memulakan sesi Google Meet. Peserta juga diberi tunjuk ajar untuk menggunakan handphone sebagai alternatif lain untuk menghadiri kelas secara atas talian jika tidak mempunyai komputer peribadi. Kelas telah berlangsung selama 2 jam dari pukul 8:00 pagi hingga 10:00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali