Kelas e-Pembelajaran Google Form

4 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Disember 2020, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas e-pembelajaran secara individu. Peserta telah datang sendiri ke Pusat Internet Komuniti untuk melakukan tugasan yang telah diberikan pensyarah beliau. Namun, beliau mendapatkan perkhidmatan daripada staf untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan dengan penggunaan Google Form untuk menyiapkan tugasan beliau. Selain itu, peserta turut didedahkan dengan penggunaan laman carian Google untuk mendapatkan maklumat semasa melakukan tugasan yang telah diberikan.

Di samping itu, peserta diajarkan cara mendaftar masuk akaun Gmail untuk memastikan tugasan yang dilakukan mudah disimpan di dalam akaun Google Drive peserta. Kelas berjalan dengan baik. Sesi pertama adalah pengenalan kepada penggunaan Google form dan sesi kedua adalah pembelajaran kendiri oleh peserta untuk menggunakan Google Form. Kelas bermula pada jam 2:00 petang hingga 3:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali