Kelas Asas Google Docs

5 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Disember 2020, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas asas ICT iaitu pengenalan kepada “Google Docs”. Kelas ini diadakan bagi memenuhi permintaan peserta yang ingin menyiapkan tugasan yang diberikan semasa kelas atas talian daripada pihak kolej. Oleh itu, peserta diperkenalkan dengan beberapa fungsi dan kelebihan menggunakan laman sesawang “Google Docs” ini.

Peserta diajarkan cara menyimpan dan mencetak dokumen yang dikehendaki daripada laman sesawang “Google Docs” ini. Peserta mengikuti sesi peserta ini selama 30 minit. Seterusnya, pada sesi kedua iaitu 30 minit terakhir, peserta melakukan tugasan pembelajaran kendiri setelah mempelajari teknik-teknik menggunakan laman sesawang “Google Docs”. Kelas berjalan dengan lancar sepanjang pukul 10:30 pagi hingga 11:30 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali