Kelas Asas Gmail

22 Jun 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Jun 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah didatangi peserta yang ingin membuat akaun e-mel bagi memudahkan mereka untuk membuka akaun sosial media. Peserta telah diperkenalkan dengan laman sesawang Google mail bagi mencipta akaun e-mel yang baharu. Peserta diberi tunjuk ajar cara-cara membuat akaun seperti meletakkan nama serta mencipta kata laluan yang selamat untuk menggunakan e-mel. Selain itu, peserta turut didedahkan dengan bahaya memberi atau berkongsi maklumat seperti alamat e-mel dan kata laluan kepada orang lain.

Hal ini boleh memberikan peserta untuk berhati-hati ketika mendaftar masuk ke akaun e-mel menggunakan komputer yang berkongsi. Oleh itu, peserta juga turut diberikan beberapa tips untuk menggunakan butang-butang yang terdapat pada laman sesawang Google mail tersebut. Kelas bermula pada jam 11:00 petang dan berakhir pada jam 1:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali