Kelas Asas Usahawan Facebook Page Secara Atas Talian
6 November 2020 | Aktiviti TerkiniPada 5 November 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas asas usahawan iaitu secara atas talian. Kelas ini diadakan bagi memenuhi permintaan peserta yang memerlukan tunjuk ajar bagi memulakan platform atas talian terutamanya media sosial untuk mempromosikan produk jualan beliau. Melalui kelas ini, peserta didedahkan dengan pengenalan kepada “Facebook” peribadi dan “Facebook Page”. Peserta turut diperkenalkan dengan perbezaan penggunaan semasa menjalankan promosi dengan menggunakan “Facebook” peribadi dan “page”.
Selain itu, peserta didedahkan dengan beberapa butang pendaftaran laman “Facebook page”. Peserta juga turut diajarkan cara menggunakan butang “Setting” bagi memudahkan peserta untuk mengawal pergerakan “Page” produk mereka. Antara butang penting yang telah dipelajari ialah mengemaskini info laman, “page roles”, butang “link instagram” dan “Whatsapp”. Dalam butang “page roles” , peserta turut diajarkan cara menggunakan butang dan fungsi “Admin”, “Execute”, dan “Assist”. Hal ini memudahkan dan peserta perlu memberikan kepercayaan kepada orang yang dilantik untuk mengendalikan laman “Facebook Page” produk mereka. Kelas berjalan dengan lancar menggunakan aplikasi atas talian iaitu aplikasi Meet daripada Google Mail. Kelas berlangsung selama dua (2) jam iaitu bermula pada jam 11:00 pagi hingga 1:00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: