Zoom Online – Kelas Asas Microsoft Excel
22 November 2020 | Aktiviti TerkiniPada 21 November 2020, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas atas talian menggunakan aplikasi Zoom. Kelas ini dihadiri oleh 3 orang peserta yang juga menggunakan aplikasi Zoom menggunakan telefon bimbit masing-masing. Kelas ini diadakan bertujuan membantu komuniti setempat dalam meningkatkan taraf kemahiran ICT walaupun kekangan untuk berkunjung ke Pusat Internet Komuniti kerana situasi PKPB.
Sepanjang kelas ini, peserta telah diberi tunjuk ajar asas Microsoft Excel untuk digunakan sebagai salah satu platform untuk menyimpan data berkenaan dengan perniagaan di kemudian hari. Peserta juga diberi tunjuk ajar dalam menggunakan fungsi formula asas yang terdapat dalam Microsoft Excel untuk memudahkan pengiraan sesuatu kos tanpa menggunakan kalkulator. Kelas ini telah berlangsung selama 2 jam bermula 10:00 pagi hingga 12:00 tengahari.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: