Kelas e-Pembelajaran Bahasa Inggeris SPM

4 Disember 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 3 Disember 2020, Pusat Internet Komuniti PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas e-pembelajaran secara individu. Kelas ini diadakan bagi memenuhi permintaan peserta yang ingin mencari bahan-bahan ulangkaji untuk menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijangkan akan diadakan pada Februari 2021. Peserta diperkenalkan dengan penggunaan laman sesawang Google untuk mencari soalan-soalan SPM pada tahun yang sebelumnya.

Selain itu, peserta turut diberikan pendedahan untuk mencetak bahan-bahan ulangkaji tersebut untuk dilakukan secara diluar talian. Tambahan, peserta juga didedahkan dengan beberapa laman sesawang yang menyediakan nota-nota serta bahan-bahan pembelajaran yang pelbagai bagi persediaan SPM beliau. Kelas berlangsung dengan dua sesi iaitu 30 minit pertama kelas pengajaran tentang pengenalan laman sesawang serta mencetak bahan. Seterusnya, 30 minit terakhir peserta menjalankan pembelajaran kendiri bagi menyiapkan tugasan yang telah diberikan pada sesi pertama tadi. Kelas bermula pada jam 3:00 dan tamat pada jam 4:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali