Kelas Mini Suntingan Video

24 Jun 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 23 Jun 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas mini suntingan video secara individu. Kelas ini diadakan bagi memberi tunjuk ajar kepada peserta dengan menggunakan Aplikasi Window Video Editing bagi menyunting beberapa video yang telah diambil menggunakan telefon bimbit. Peserta juga diberi tunjuk ajar dalam memindahkan dokumen video di dalam telefon bimbit ke dalam komputer menggunakan Bluetooth. Kelas ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada peserta tentang tip mengambil video dan juga menyunting video untuk memudahkan mereka untuk menyertai beberapa pertandingan video pendek sempena Hari Kemerdekaan nanti. Kelas ini diadakan selama dua (2) jam iaitu bermula dari jam 2:00 petang hingga 4:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali