Kelas E-Learning Matematik

5 September 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 4 September 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas e-learning diatas permintaan peserta sendiri yang datang ke pusat internet. Kelas ini diadakan bagi memberi peluang kepada peserta untuk belajar secara atas talian terutama melibatkan latihan matematik yang memerlukan peserta untuk sering membuat latihan latih tubi. Di samping itu, pendedahan kepada penggunaan ICT turut diajarkan dalam kelas ini seperti penggunaan aplikasi kalkulator yang terdapat pada Windows.

Tambahan, peserta diperkenalkan dengan laman sesawang yang membolehkan peserta untuk membuat latihan matematik secara berterusan sambil mencari jawapan atau set formula pada laman carian Google. Akhir sekali, peserta juga dapat melatih diri membiasakan menggunakan papan kekunci dan tetikus. Kelas yang bermula pada jam 2:00 petang dan tamat pada jam 4:00 petang berjalan dengan baik.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali