Kelas E-Learning Matematik

19 Jun 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Jun 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas e-learning bersama-sama pelajar sekolah. Kelas ini diadakan bagi memenuhi masa lapang ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan serta sekolah tutup. Peserta diperkenalkan sebuah laman sesawang yang menyediakan latihan dan ujian secara atas talian bagi melatih mereka melakukan latihan matematik. Melalui kelas ini, peserta dapat mengasah dan melatih diri untuk menyelesaikan soalan-soalan matematik mengikut kemahiran dan pengetahuan mereka berkenaan operasi asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Kelas berjalan dengan lancar serta mendapat sambutan yang baik. Kelas ini berlangsung selama dua (2) jam iaitu bermula pada jam 2:00 petang hingga 4:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali