Kelas E-Learning Matematik

9 Julai 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Julai 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas e-pembelajaran bagi matapelajaran Matematik. Kelas ini diadakan bagi memenuhi permintaan peserta sendiri yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah yang sedang bercuti disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Kelas bermula pada jam 2:00 petang.

Kelas ini memberi peluang kepada peserta untuk menggunakan laman sesawang atau website yang berkaitan bagi mengulang kaji pelajaran Matematik secara atas talian. Peserta turut diajarkan menggunakan aplikasi kalkulator yang terdapat pada komputer. Peserta dapat menjawab dengan baik sepanjang sesi kelas dijalankan. Akhir sekali, peserta dapat melatih diri untuk membiasakan diri menggunakan papan kekunci dan tetikus. Kelas tamat pada jam 4:00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali