E-Learning Interactive Games
17 Januari 2020 | Aktiviti TerkiniPada 16 Januari 2020, Pusat Internet PPR Taman Sri Wangi telah mengadakan kelas e-learning interactive games. Kelas ini diadakan bagi memenuhi permintaan peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah yang menetap di sekitar Taman Sri Wangi. Melalui kelas ini juga, peserta turut dapat meluangkan masa dengan aktiviti berfaedah seperti mempelajari perkataan-perkataan baru mudah Bahasa Inggeris dengan mencari perkataan-perkataan yang telah ditetapkan yang dipanggil Word Search games.
Selain itu, peserta turut diuji dengan kemahiran kognitif dan mengasah kemahiran menumpukan perhatian dengan mencari perbezaan pada dua gambar rajah yang sama, namun terdapat sepuluh perbezaan yang sengaja diubah seperti yang telah ditetapkan di laman yang digunakan sepanjang kelas berlangsung. Peserta menunjukkan maklumbalas yang sangat baik sepanjang kelas berlangsung. Kelas bermula pada jam 2:00 petang hingga 5:00 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: